Setiap orang mempunyai pelbagai cabaran
kewangan tersendiri untuk memenuhi impian hidup mereka. Walaubagaimana
pun untuk memulakan sesuatu projek menjana kewangan peribadi adalah amat
sukar. Akibat tiada pengalaman dan termakan pujuk rayu dan janji palsu,
akhirnya ramai yang tertipu dan terjebak dengan pelbagai Skim Cepat
Kaya dan Skim Pramid.
Dengan demikian, mencari satu cara yang
selamat, praktikal dan berkesan menjadi satu cabaran besar kepada mereka
yang ingin mengubah kehidupan. Kita bernasib baik, Tune Talk, iaitu
sebuah syarikat telekomunikasi tempatan telah tampil mengintegrasikan
program pemasarannya dengan program pemasaran rangkaian lantas ia telah
membuka peluang kepada penggunanya untuk menjana pendapatan lumayan.
Selain Pelan Biasa Tune
Talk yang anda boleh beli sim kad prepaidnya secara terbuka di
kedai-kedai telekomunikasi di merata tempat, Tune Talk telah
memperkenalkan 2 lagi pelan yang menggunakan sistem pemasaran rangkaian
yang sangat unik. Dua pelan tersebut adalah Pelan Tone Excel dan Pelan Tone Plus.
Menariknya, penjualan sim kad prepaid kedua-dua pelan ini adalah
melalui ahli-ahlinya sahaja. Ia tidak dijual di mana-mana kedai terbuka
yang menjual prepaid komersial. Kedua-dua pelan tersebut walaupun nampak
remeh dan kecil, ia mampu memberikan kesan yang maksima jika diikuti
dengan konsisten. Antara kelebihan program menjana pendapatan Tune Talk
melalui 2 pelan ini yang mesti diteliti oleh anda adalah:
Syarikat adalah kukuh
– Rangkaian prepaid ini di pacu oleh syarikat Tune Talk iaitu sebuah
organisasi di dalam kumpulan syarikat Tune Group. Sementara itu,
syarikat CELCOM mempunyai pegangan 37% saham di dalam syarikat ini.
Syarikat pengendali program pula, iaitu Tone Excel Sdn Bhd (Tone Excel)
dan Tone Plus Sdn Bhd (Tone Plus) mempunyai pengalaman luas dalam
aktiviti pemasaran rangkaian.
Produk kegunaan harian
– Anda gunakan handphone setiap hari. Jika sebelum ini anda membayar
‘bill’ talipon setiap bulan, kini anda perlu bersedia pula untuk dibayar
oleh pelan Tone Excel atau Tone Plus setiap bulan. Ini bermakna anda
hanya beralih rangkaian dan berubah menjadi Pengguna Bijak.
Pasaran amat meluas
– Produk prepaid adalah satu produk yang sentiasa digunakan oleh orang
ramai. Dengan pengguna prepaid berdaftar di Malaysia berjumlah 27 juta
orang, pasarannya adalah amat menakjubkan. Ramai orang yang menggunakan
2-3 talian seorang. Sejak dilancarkan pada Ogos 2010, sehingga kini,
program Tone Excel telah mempunyai lebih 120,000 ahli. Sementara pelan
Tone Plus pula baru mula membuka pendaftaran awal sejak 17 Julai 2012
telah pun mengumpul 8,000 ahli. Pelan Tone Plus dijangka akan
dilancarkan secara rasmi pada 19 Oktober 2012.