Setiap orang mempunyai pelbagai cabaran
kewangan tersendiri untuk memenuhi impian hidup mereka. Walaubagaimana
pun untuk memulakan sesuatu projek menjana kewangan peribadi adalah amat
sukar. Akibat tiada pengalaman dan termakan pujuk rayu dan janji palsu,
akhirnya ramai yang tertipu dan terjebak dengan pelbagai Skim Cepat
Kaya dan Skim Pramid.
Dengan demikian, mencari satu cara yang
selamat, praktikal dan berkesan menjadi satu cabaran besar kepada mereka
yang ingin mengubah kehidupan. Kita bernasib baik, Tune Talk, iaitu
sebuah syarikat telekomunikasi tempatan telah tampil mengintegrasikan
program pemasarannya dengan program pemasaran rangkaian lantas ia telah
membuka peluang kepada penggunanya untuk menjana pendapatan lumayan.
Selain Pelan Biasa Tune
Talk yang anda boleh beli sim kad prepaidnya secara terbuka di
kedai-kedai telekomunikasi di merata tempat, Tune Talk telah
memperkenalkan 2 lagi pelan yang menggunakan sistem pemasaran rangkaian
yang sangat unik. Dua pelan tersebut adalah Pelan Tone Excel dan Pelan Tone Plus.
Menariknya, penjualan sim kad prepaid kedua-dua pelan ini adalah
melalui ahli-ahlinya sahaja. Ia tidak dijual di mana-mana kedai terbuka
yang menjual prepaid komersial. Kedua-dua pelan tersebut walaupun nampak
remeh dan kecil, ia mampu memberikan kesan yang maksima jika diikuti
dengan konsisten. Antara kelebihan program menjana pendapatan Tune Talk
melalui 2 pelan ini yang mesti diteliti oleh anda adalah:
Syarikat adalah kukuh
– Rangkaian prepaid ini di pacu oleh syarikat Tune Talk iaitu sebuah
organisasi di dalam kumpulan syarikat Tune Group. Sementara itu,
syarikat CELCOM mempunyai pegangan 37% saham di dalam syarikat ini.
Syarikat pengendali program pula, iaitu Tone Excel Sdn Bhd (Tone Excel)
dan Tone Plus Sdn Bhd (Tone Plus) mempunyai pengalaman luas dalam
aktiviti pemasaran rangkaian.
Produk kegunaan harian
– Anda gunakan handphone setiap hari. Jika sebelum ini anda membayar
‘bill’ talipon setiap bulan, kini anda perlu bersedia pula untuk dibayar
oleh pelan Tone Excel atau Tone Plus setiap bulan. Ini bermakna anda
hanya beralih rangkaian dan berubah menjadi Pengguna Bijak.
Pasaran amat meluas
– Produk prepaid adalah satu produk yang sentiasa digunakan oleh orang
ramai. Dengan pengguna prepaid berdaftar di Malaysia berjumlah 27 juta
orang, pasarannya adalah amat menakjubkan. Ramai orang yang menggunakan
2-3 talian seorang. Sejak dilancarkan pada Ogos 2010, sehingga kini,
program Tone Excel telah mempunyai lebih 120,000 ahli. Sementara pelan
Tone Plus pula baru mula membuka pendaftaran awal sejak 17 Julai 2012
telah pun mengumpul 8,000 ahli. Pelan Tone Plus dijangka akan
dilancarkan secara rasmi pada 19 Oktober 2012.
Pendapatan pasif lumayan -
Imbuhan BONUS RUJUKAN (Menaja) RM20 seorang dan KOMISYEN Top Up antara
6% hingga 13% yang diberikan oleh Pelan Tone Excel, walaupun nampak
kecil tetapi jika dilakukan secara konsisten untuk jangka panjang ia
mampu memberikan pulangan yang lumayan. Bagi Pelan Tone Plus pula,
walaupun anda menaja hanya 4 orang, pelan ‘Reverse 2-Up’ menjanjikan
potensi limpahan pendapatan.
Untuk kedua-dua pelan, walaupun anda
tidak lagi agresif mempromosi, pendapatannya adalah berterusan dari
kumpulan yang telah anda bina. Selagi mereka menambah nilai Top Up
prepaid tersebut, selagi itu anda akan menerima imbuhan komisyennya.
Potensi pendapatan tanpa had
– Anda boleh merujuk atau menaja orang baru tanpa sebarang had
bilangan. Ia bergantung kepada usaha anda sendiri. Walaupun Tone Plus
hanya memerlukan 4 orang sahaja namun potensi menambah bilangan ahli
kumpulan adalah tidak terhad. Paling menarik, peserta boleh mempunyai
beberapa akaun serentak tertakluk kepada had maksima 10 akaun sahaja.
Hak eksklusif pengedaran
– Apabila anda menyertai program sebagai ahli, anda secara otomatik
boleh menaja rakan baru menyertai anda. Penyertaan tidak boleh dilakukan
di kedai-kedai menjual prepaid seperti kebiasaan penjualan sim kad
prepaid lain yang ada di pasaran.
Sistem pengedaran mudah -
Sistem affilates online mempromosi laman web sebegini memberikan
alternatif kepada mereka yang sedang bekerja kerana ia amat mudah
dilakukan. Anda tidak perlu menjual apa-apa produk, sebaliknya hanya
mempromosi dan mengajak rakan-rakan anda untuk turut serta dalam program
ini. TIADA PENJUALAN! TIADA STOK PRODUK YANG BESAR!
Kos dalam kemampuan
– Jika anda ingin memulakan perniagaan, selalunya kos untuk
memulakannya adalah tinggi, Dalam program ini, anda hanya perlu
mengubah rangkaian talipon yang sedia ada ke prepaid Tone Excel atau
Tone Plus. Dengan hanya RM80, anda mendapat segala manfaat selaku
pengguna Tune Talk dan manfaat kewangan program ini. Kadar untuk layak
dibayar komisyen pula sangat rendah iaitu Top Up RM20 sahaja sebulan
bagi Pelan Tone Excel dan Top Up RM30 sahaja bagi Pelan Tone Plus. Saya
pasti ramai yang Top Up lebih dari itu.
Peluang meningkatkan pendapatan
– Pelan Tone Excel juga menyediakan platform untuk anda meningkatkan
lagi pendapatan KOMISYEN Top Up. Anda boleh menjadi ‘Service Center’
yang menawarkan komisyen Top Up secara infiniti (tanpa mengira aras)
atau meningkatkan lagi kedudukan dengan menjadi Cawangan Tone Excel.
Bagi Pelan Tone Plus pula, walaupun anda hanya mendapatkan 4 pengguna
seumur hidup, tetapi dengan revolusi menakjubkan sistem Reverse 2-Up
dalam pelan ini, anda berpeluang untuk menerima pengguna yang ramai.
Pengurusan yang pro-aktif - Banyak
nilai tambah disertakan dengan program ini. Selain manfaat perlindungan
insuran 100K, tebus mata tiket Air Asia, pihak pengurusan juga
menjalankan aktiviti sokongan seperti mesyuarat bisnes di pejabat,
latihan pembelajaran tentang bisnes ini, majlis pengiktirafan ahli dan
cabutan bertuah bagi memberikan dorongan untuk ahlinya berjaya.
Penyertaan adalah terbuka -
Sesiapa yang berumur 12 tahun keatas boleh menyertai program ini. Bagi
orang yang bukan warganegara Malaysia, mereka hanya memerlukan paspot
yang sah untuk turut serta. Syaratnya adalah hanya mempunyai akaun bank
Malaysia untuk pembayaran bonus dan komisyen.
Masa menyebelahi anda -
Untuk mendapatkan rakan dalam rangkaian anda, tiada tekanan masa yang
dikenakan, Anda hanya bersaing dengan diri anda sendiri. Dalam Pelan
Tone Excel, anda boleh mencari, katakan 10 orang dalam seminggu, anda
juga boleh mencari 10 orang tersebut dalam masa 1 bulan atau 2 bulan.
Bagi pelan Tone Plus pula, anda hanya perlu menaja 4 pengguna baru dalam
sebulan dan ia hanya sekali sahaja. Segalanya atas kehendak dan usaha
anda.
Sebagai kesimpulan, segmen perniagaan
pemasaran rangkaian berkembang pesat di serata dunia dan di Malaysia.
Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kejayaan. Anda perlu mempelajari
selok belok bagaimana menjayakan perniagaan ini.
Saya pasti ramai di antara anda yang
telah didatangi oleh rakan-rakan yang membawa pelbagai jenis ‘peluang’
bisnes. Tetapi, adakah anda telah bersedia untuk melaburkan wang dan
masa anda untuk membina bisnes tersebut sehingga berjaya? Adakah anda
mempunyai pengalaman dalam proses membina rangkaian? Jika anda tidak
punya pengalaman lagi, pelajari dulu konsep bisnes pemasaran rangkaian
dan ketahui apa yang diperlukan untuk berjaya. Untuk bermula, program
ini adalah tempat yang TERBAEEK!
No comments:
Post a Comment